Maafkan aku Tun M

Filed Under (Info) by majid on 15-06-2010

worldcup

bantahan banyak pihak terhadap langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sukan lebih bersifat politik semata-mata.

Katanya, langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia hendaklah diterima secara terbuka untuk membendung kegiatan itu daripada berleluasa.

“Mungkin pendapat saya berbeza sedikit dengan orang lain. Sama ada lesen judi dikeluar atau tidak, judi tetap berlaku di negara kita kerana orang-orang Cina memang suka berjudi.

“Jadi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada satu cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa. Ini kerana judi tidak haram bagi orang Cina, tetapi haram bagi orang Islam dan orang Islam jangan berjudilah.”Kalau mereka didapati berjudi tangkaplah mereka,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, bantahan yang dilakukan oleh parti pembangkang terutamanya Pas berikutan pengeluaran lesen judi berkenaan, adalah lebih bermotif politik dan bukan kerana Islam. – BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

Saya tidak bersetuju dengan pendapat Tun yang mengatakan bantahan terhadap langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sukan lebih bersifat politik.Walaupun selama ini saya sentiasa bersetuju dengan pandangan tun.Tetapi tidak dalam isu lesen judi sukan sempena bola sepak piala dunia.

Saya membantah dalam kes ini kerana Malaysia sebuah negara islam.Dan penduduk majoriti islam. Sepatutnya tindakan kerajaan perlulah berteraskan kerajaan negara islam. Diharapkan kerajaan Malaysia lebih sensitif terhadap masyarakat yang beragama islam.

Related Posts with Thumbnails

Free myspace games - Free blog games

Comments:

2 Responses to “Maafkan aku Tun M”


  1. Tun telah mengecewakan saya….hummmmmmmmmmmmp…


  2. Saya jugak