Adakah wajar dimansuhkan UPSR dan PMR

Filed Under (Info) by majid on 08-07-2010

Pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia terhadap isu ini.Ada yang setuju siap dengan hujah-hujahnya..ada juga yang tidak bersetuju siap juga dengan hujah-hujah mereka.Walaupun berbeza pendapat tetapi semua rakyat Malaysia tetap mempunyai satu tujuan iaitu mahu Pendidikan Malaysia lebih baik.


Tetapi aku juga tidak bersetuju degan pemansuhan UPSR dan PMR.Aku berpendapat kita perlu mengurangkan usia persekolahan rendah iaitu Dari darjah 1 hingga darjah 5 sahaja(7 tahun -11 tahun).Darjah 5 akan menghadapi peperiksaan UPSR. Dan usia persekolahan menengah pula dari Tingkatan 1 hingga tingkatan 4(12 tahun -16 tahun).Dan pada usia 17 tahun sudah berada di Universiti. ini dapat menjimatkan masa. Dan tenaga pakar dapat dihasilkan pada usia lebih muda.Bukan dengan memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR.


Dan jika isu pendidikan berorentasikan peperiksaan menjadi masalah.Hanya perlu mencari kaedah penyelesaian terhadap isu itu sahaja.Kita boleh melihat sistem permarkahan di Universiti.Iaitu 60:40.60% adalah peperiksaandan 40 adalah kerja-kerja sepanjang Pembelajaran.


Ulasan dari mereka yang tidak bersetuju

1. Menjejaskan operasi pusat tuisyen,Syarikat-syarikat buku rujukan.ini akan menutup periuk nasi mereka.

2.kurang bersetuju bila kedua-dua peperiksaan ini dimansuhkan bagi mencapai matlamat di atas.Pada saya masalah sekarang bukanlah kerana banyaknya peperiksaan (selang 2 ke 3 tahun je pun. tapi metod pembelajaran yang harus diubah agar tak berorientasikan peperiksaansemata-mata. Sistem pembelajaran sedia ada menyebabkan kita mengaji secara ‘buta’ dengan hafalan semata tanpa memahaminya.  Pelajar pulak tak patut disalahkan sepenuhnya kerana sistem pendidikan yang secara tak langsung telah membentuk mereka agar menghafal supaya lulus peperiksaan.  Mereka hanya mengikut sistem yang telah tersedia.

3.Kalau ada exam guru akan bersungguh2 untuk anak murid mereka skor dan belajar.. dan buat macam2. kelas tmbahan lah. tuisyen lah.. kelas malam lah

Ulasan dari mereka yang bersetuju

1.Pendidikan sekarang sekadar orentasi peperiksaan.Pelajar hanya menghafal.Perlu ada mekanisme baru.

2.“Dengan ketiadaan UPSR dan PMR, isu pelajar ‘gagal’ tidak akan timbul,” jelas seorang ayah – Masdir Hussien, 52.

Related Posts with Thumbnails

Free myspace games - Free blog games

Comments:

3 Responses to “Adakah wajar dimansuhkan UPSR dan PMR”


  1. TIDAK WAJAR DIMANSUHKAN KERANA MURID AKAN MENJADI TIDAK ADA MATLAMAT UNTUK BELAJAR


  2. Apabila beribu-ribu syarikat penerbitan buku dan pusat-pusat tuisyen mengeluh, itu adalah petanda bahawa sistem pendidikan Malaysia tidaklah terlalu sempurna. Mengapa ? Kerana jika betul-betul sempurna, pelajar-pelajar sekolah tidak perlulah kepada bahan-bahan rujukan luaran dan tuisyen tambahan. Hakikatnya golongan komersial ini telah mengaut keuntungan sejak sekian lama.

    Perkara utama yang mesti kita fikirkan ialah masa depan anak-anak kita (generasi akan datang). Saya cuma risaukan anak-anak lelaki, macamana mereka nak ‘survive’ dlm sistem pendidikan malaysia yang berorientasikan peperiksaan. Budak-budak lelaki ni bukan malas belajar, cuma mereka ni jenis banyak berfikir.

    “Betul ke apa yg cikgu aku ni ajar ? Aku tak penah dengar pon apa yg cikgu ajar tu, Aku kelirulah.”. Itulah antara luahan hati budak-budak lelaki. Mereka tidak suka sumbat 100% dalam otak sehinggalah mereka betul-betul faham.
    Selain itu, budak-budak lelaki ni tidak suka mengadap buku berjam-jam kerana mereka juga perlukan masa untuk riadah dan bersukan. Saya rasa mungkin adalah bagus sekiranya sistem penilaian baru dibentuk supaya pelajar lelaki masih boleh dinilai (walaupun tanpa perlu membaca dan menghafal).

    Antara sistem penilaian baru yang boleh dicadangkan ialah dari aspek kepimpinan, kerohanian, sahsiah, moraliti, komitmen dalam gerak kerja berkumpulan, ‘public speaking’, ‘creative thinking’, keupayaan dalam merekacipta sesuatu yang baru (inovasi), ‘internal self defensive’ (ketahanan diri supaya tidak mudah terjebak dengan gejala sosial) serta ‘decision making’ (kemahiran penyelesaian masalah/membuat keputusan secara tepat).

    Lagi satu, pelajar universiti boleh mendapat ijazah seawal 20 tahun dan boleh memperolehi Phd sebelum berumur 25 tahun. Dengan ini peluang kerja akan semakin bertambah kerana kebanyakan syarikat-syarikat besar hanya inginkan graduan yang berumur di bawah 23 tahun supaya boleh diletakkan dalam skim apprentis (tempoh percubaan). Bayangkan kalau umur dah mencecah 26 – 28 tahun, bagaimana sistem apprentis boleh diwujudkan kerana tempoh percubaan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 – 2 tahun sebelum boleh diserap ke jawatan tetap.


  3. sememangnya masih banyak lagi perlu di perbetulkan sistem pendidikan di Malaysia.tapi keputusan untuk memansuhkan UPSR dan PMR di lihat terlalu terdesak atau pun lebih tepat lagi terburu-buru.sepatutnya kita kena jalankan kajian terlebih dahulu dan di buat pengujian terhadap kesannya.kita boleh buat perintis..contoh seperti sistem di Universiti.Terdapat sistem permarkahan dari Pengajar atau pn carry mark..

Leave a Reply