Ping Pong Tembikai Laici Cup

Filed Under (Sukan) by majid on 29-07-2010

index

Kali nie aku nak sembang pasal  permainan Ping Pong  pulak. Satu hari waktu time makan tengahari,pergi makan tengahari dekat  restoran bawah ofis je. Sebab malas nak naik kereta pergi restoran lain.Tue semua menambahkan kos minyak kereta dan malas nak naik kereta yang belum di tinted walaupn dah setahun pakai.confirm-confirm di punya panas tak usah dipertikai.Tengah-tengah makan, datang dua mamat pekerja Insurans.Terus duduk kt meja aku dan member-member ofis yang lain. Diorang datang bukan sebab nak jual insurans tapi nak lepak makan tengahari sama-sama je.sebab diorang kawan aku jugak.


Diorang nie makan dekat area ofis aku sebab jumpa client area situ katanya.Tengah sembang-sembah dan tak tahu hujung pangkal tiba-tiba tersembang pasal Ping Pong. Terus set main malam tue jugak.bila dikumpul-kumpul dapat lah kumpul dalam 5 orang iaitu Aku,Zizan,Metal,Awie dan Naim.Plan pukul 8.30 malam di DJ Sport Taman Perling Johor Bahru.Nie tak book pun sebab takde nombor telefon tempat tue..Main kamikaze je pergi. Sampai-sampai terus pergi kaunter tanya pasal table ping pong.hampa skit sebab dah ada orang book terlebih dulu. So terpaksa lah aku dengan Zizan yang dah sampai dulu kol yang lain-lain untuk tukar lokasi lain. Masing-masing tak tahu mana lagi tempat ada meja Ping Pong.Cuma yang kitorang tahu di Giant Larkin.Dalam Area tempat pusat karaokae Diva je ada.


Tapi sebab dah lama tak main.Redah je pergi situ.Pergi-pergi semua malu nak tanya sebab semua pakai seluar pendek. Biasa orang pergi situ nak berkaraokae.Last-last redah je.Pergi tanya kaunter berapa sejam..RM10/Jam,so set terus 2 jam sebab nie pertandingan Liga antara kami. Kitorang gelar sebagai  “Ping Pong Tembikai Laici Cup” sebab yang menang akan dapat minum air “tembikai Laici” pas main ping pong nanti secara percuma dibelanja oleh sesiapa yang dapat tempat ke-3,ke-4 dan ke-5.

Walaupun tempat kitorang main agak gelap sikit tapi tak menghalang dari smash-smash kencang dari kami. Sape suruh main tempat orang nak berkaraokae. Kitaorang main format kiraan mata iaitu main 2 set sahaja.Kalau menang kedua-dua set dapat 3 mata.kalau masing-masing menang 1 set sahaja.kira dua-dua pemain dapat 1 mata.


Selepas keputusan pusingan liga.

Zizan = 9 Mata

Naim = 9 Mata

Metal = 7 Mata

Awie = 4 Mata

Aku = 0 Mata


Penentuan tempat pertama diadakan antara  zizan dan Naim.Dan dimenangi oleh Azizan.So pas main pig pong terus pergi restoran Anggun di Larkin perdana.Lepak-lepak sampai pukul 1 pagi..dan terus balik..sekarang terbukti yang aku perlu berlatih lebih untuk kalahkan mereka supaya aku dapat merasa pegang “Tembikai Laici Cup.Dan dalam masa sembang-sembang semua setuju untuk beli satu meja table dan di letak kan di rumah sewa aku. Pasni tak payah bersusah main dalam gelap.Hari-hari boleh main 24 hour tanpa henti.

Related Posts with Thumbnails

Free myspace games - Free blog games

Comments:

2 Responses to “Ping Pong Tembikai Laici Cup”


  1. hahaha..
    lawak la ko ni majid…
    aku ingat ko publish kat blog ko, at lease no.3 ke… ni last…
    huhuhu…
    diaorg bkn level ko la…
    ko lwn aku or mamat, confirm ko menang…
    ^_^


  2. ok lh tue..skit hari lagi no 1 lah plax..

Leave a Reply